Friday, March 26, 2010

cara utk kenalpasti perangai kawan

mcm menarik kuiz ni.. aku quote dr ntah email mana ntah yg nyemak kt inbox aku tu...


Cuba jawab soalan di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas.


Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :

1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur

Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Dah ada jawapan???

Jawapan

No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.


Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.


Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.


Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.

******************************************************************************************
masa aku mula2 baca kuiz ni.. aku terpikir jwpn no.1... ada kena kot? tp bukan tahap gaban boros daa....

so, korg plak yg mana?

4 comments:

papaYA said...

Yer, yer aku pilih tepi sungai dengan justifikasi, buah kelapa jatuh, orang lain juga boleh rase..
Last, last, aku ni seorang yang pemboros?? Tidak benar sama sekali :p

Hasina Terebuzzu said...

ntah.. aku rs kureng tepat la... boros sgt tu takde la.. cuma kna pk blk..hehehe

nihadriz said...

kalo ikut standard piawaian biasa, rata2 org akan ckp tepi sungai. sbb kalo tanam kat tepi rumah or laman rumah, nnt kena kereta sape susah? kannn?

kalo tanam kat laman pun sama. maunya budak2 main pastu gedebuk kena hempap buah kelapa gugur. naya woooo~

tengah or tepi padang, logik untuk kawasan twpi padang jela. tengah padang buat hapa. nnt ada je budak2 menyumpah makcik mana la sewel pegi kacau tempat diorang main.

sekian justifikasi saye :P

Hasina Terebuzzu said...

hahaha..tepat sekali!