Monday, April 9, 2012

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala perancanganNya...


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala perancanganNya...

Siapalah kita mempertikaikan rezeki yg diberiNya? Bukankah mempertikaikan rezeki org lain itu sama seperti kufur nikmat? 

Adakah dunia kita ini akan berakhir sekiranya kita tidak terpilih sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)??? 

Adakah dengan menjadi seorang PTD, hidup kita ini sudah cukup sempurna dan berjaya? 

Apakah dengan kerjaya kita sekarang ini... kita tidak boleh berjaya??? 

Semuanya terletak pada MENTAL kita! Hendak seribu daya.. tak hendak memang beribu dalihnya!

Cuba kita imbas kembali... Mengapa kita memilih untuk menjadi seperti kita sekarang ini? Adakah kerana desakan hidup? Adakah kerana minat kita? Atau kerana kita tidak mampu untuk mendapatkan sebarang bentuk pekerjaan yang kita hajati selepas kita menamatkan pengajian dengan segulung ijazah ataupun sarjana??? Paling teruk, kita sendiri pun tidak faham apa yang kita kehendaki???

Usahlah kita bertelagah... Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah rencanakan untuk kita ini... Yang paling penting, bukan salah siapa yang perlu kita cari... Kita sesama Penjawat Awam perlu  saling lengkap melengkapi... bukannya saling benci membenci... ada sebabnya mengapa sesuatu perjawatan itu diwujudkan bermula dr huruf A hingga Z... kaji dan fahami setiap fungsi dan perjawatan... 

Marilah rakan-rakan seperjuangan ku sekalian... Mari kita betulkan NIAT kita...Apa sebab utama kita bekerja? Adakah untuk kepuasan diri sendiri? Atau untuk mengejar kemewahan??? Kalau kemewahanlah yang dicari... Mengapa kerjaya di dalam Perkhidmatan Awam ini yang diceburi??? Fikir-fikirkan.

3 comments:

Naz said...

Very well said, Ina!!

marmalade said...

kenapa kau tag entry ni dalam "sengal" hahahahaha.
anyways, takyah dilayankan sangat you-know-who.

nihadriz said...

Dia jaki sangat sbb bruised ego. Applied, but didn't pass the exam. And I guess he's in too deep with the proganda made by some of his kind. Saya doakan dia kawin dengan PTD. Hahahaaa...