"mengapa kau pergi
mengapa kau kecewakan
mengapa kau hancuri
mengapa kau menghinakan
mengapa kau sakiti
mengapa kau melukakan
mengapa kau memberi
mengapa kau melupakan"
mungkin ramai yg akan kata.. sedangkan nabi pon maafkan umatnya (ye.. itu nabi & aku bukan nabi.. amalam pon tak ckup lagi!).. kemaafan... mmg senang utk dilafazkan.. tp yg terbuku di dlm hati siapa yg tahu... wpon di mulut berkali-kali maaf dilafazkan... tp kalo di hati tak pernah merelakan kemaafan itu.. mmg disimpan saja dendam itu sbg satu bebanan.. apalah gunanya?
ye.. aku mengaku.. aku salah seorang dari yg berdendam tu! aku tak sedar akan dendam itu sehingga jumaat lepas.. dendam yg bg aku ibarat luka lama berdarah kembali... dendam yg aku usung selama 6 tahun!!! dendam yg seringkali kemaafannya ditagih.. dendam yg bisa membuatkan hati ini masih merasa kesakitannya walaupun mulut dh berkali-kali berkata "saya maafkan awak".
mungkin... mungkin kemaafan yg sebenar menuntut sebenar-benar keikhlasan utk memaafkannya.. bukan sekadar hanya lafaz dibibir tp tak merelakan di dalam hati..
ye.. mungkin dahulu aku tidak pernah berpeluang utk memberikan penjelasan.. maka sebab itulah dendam itu terbuku dihati.. tapi adilkah aku seorang sahaja dipersalahkan??? adilkah aku yg harus menanggung semua dendam selepas apa yg dilakukan kpd aku??? adilkah bg aku yg hanya meratapi sepucuk email sbg kata pemutus??? adilkah???
terima kasih atas kelukakan yg kau berikan wahai lelaki! terima kasih! sekurang-kurangnya kelukaan itu membuatkan aku menjadi seorang yg kental.. membuatkan aku seorang yg berjaya pd hari ini! kebangkitan aku pada hari ini adalah disebabkan kejatuhan aku pada masa lalu!
tapi mengapa skg kau muncul kembali? kemunculan yg membuat luka lama berdarah kembali.. kemunculan yg menagih simpati.. kemunculan yg bisa merobohkan benteng kekuatan yg dibina sebelum ini?
jika dahulu mungkin aku lemah.. tapi tidak skg! utk apa ditangisi semua kesedihan lalu? sejauh mana aku mampu berlari dari bayang-bayang yg sentiasa mengekori aku? sampai bila? selama mana aku harus dibelenggu oleh bayang itu? utk apa ditangisi semuanya??? hidup perlu diteruskan!!!
mungkin.. pengalaman mendewasakan kita.. pengalaman juga mengajar kita erti kematangan.. kematangan fikiran dan juga emosi.. entah dari mana datangnya kekuatan itu, selepas meluahkan apa yg terbuku di hati.. sungguh lapang dada ini dirasakan! (ya allah.. sungguh terbeban rasa menanggung rasa itu!) seolah-olah dendam yg terbuku lenyap.. dgn sekelip mata! seolah-olah aku telah memaafkan diri sendiri dan merelakan semua dendam itu berlaku pergi! dan seolah aku sudah bersedia utk memulakan perhubungan yg baru..
terima kasih ya allah atas kekuatan yg diberikan.. terima kasih sahabat sahabat ku yg setia di sisi di saat aku sgt memerlukan.. aku percaya semua yg berlaku ada hikmahnya.. antara salah satu hikmahnya.. aku tidak akan mengecapi apa yg aku ada skg jika aku masih dibelenggu kenangan lalu! dan aku juga berharap si dia juga bisa melakukan spt apa yg aku lakukan.. bukanlah aku hendak menagih simpati kemaafan darinya.. tapi sekurang-kurangnya memaafkan dirinya sendiri atas segala yg terjadi.. sesungguhnya kemaafan sememangnya dendam yg sgt terindah!
cuma satu sahaja ralat dihati ini.. setelah berkali-kali kau muncul menagih kemaafan.. mengapa tiada sepatah kemaafan pon kau ucapkan atas segala yg berlaku??? begitu besar ego seorang lelaki kan??? walaupon tahu kesalahan itu adalah kesalahannya.. tetap tidak mahu meletakkan ego ketepi utk mengakuinya! tak mengapalah.. semoga dikau berbahagia wahai kenanganku...
2 comments:
takpelah babe.
kau dah maafkan, and now rasa lebih lapang dihati. and itu yang kita nak. kau dah dapat closure. dan kau dah buat apa yang kau patut buat.
tak perlu kenangkan kisah lalu.
the past shouldn't be an obstacle to your future, but it should be a great reminder.
take care babe :)
rileks hasina, u can do it!
jgn layan la mamat tu,
buang karan jer!
Post a Comment